ENAKMEN BEKALAN AIR 1952

KAEDAH-KAEDAH BEKALAN AIR (KELANTAN) 1984

 

  1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.
  2. Tafsiran.
  3. Pemakaian Kaedah-kaedah pada amnya.
  4. Kuasa untuk melonggarkan kehendak-kehendak.
  5. Budibicara Pengarah Negeri.
  6. Memotong bekalan kerana melanggar Kaedah-kaedah.
  7. Mematuhi Piawaian yang Diluluskan.
  8. Kaedah-kaedah yang dipakai.
  9. Sukatan metrik bersamaan sukatan imperial.
  10. Membumikan pepasangan elektrik kepada paip-paip air.
  11. Penggunaan pam.
  12. KEHENDAK-KEHENDAK BAGI PEPASANGAN AIR

    KELULUSAN DAN BAYARAN UJIAN

  13. Kelulusan bagi pepasangan air.
  14. Bayaran ujian.
  15. PAIP-PAIP

  16. Paip-paip hendaklah dari Piawaian yang diluluskan.
  17. Bahan paip.
  18. Tiub keluli lembut bergalvani.
  19. Simen asbestos besi tuangan, mulur besi tuangan dan paip-paip polyvinyl-chloride tak berplastik.
  20. Paip-paip besi.
  21. Paip-paip dari bahan atau dimensa lain.
  22. TEP DAN INJAP

  23. Tep dan injap.
  24. Injap salur.
  25. Injap bebola.
  26. Apungan yang dikendalikan oleh injap.
  27. SUSUNAN KERJA PAIP

  28. Memasang paip.
  29. Perlindungan bagi paip-paip.
  30. Tiada sambungan bersilang.
  31. Paip tidak boleh dipasang melalui tanah kotor atau bahan yang merosakkan.
  32. Peruntukan spesial.
  33. Peruntukan injap penahan.
  34. Kedudukan tep air keluar.
  35. Tep air keluar di atas paip servis.
  36. Alat kepada tep air keluar di atas paip servis.

SISTEN SIMPANAN

  1. Sisten simpanan.
  2. Penutup sisten simpanan.
  3. Muatan sisten simpanan.
  4. Sisten simpanan bermuatan tidak melebihi 4,500 liter.
  5. Sisten simpanan bermuatan melebihi 4,500 liter.

          SISTEM AIR PANAS

  1. Radas air panas.
  2. Bahan paip air panas.
  3. Bahan bagi tabung air panas dan tangki.
  4. Jarak di antara radas air panas dan tep air keluar.
  5. Kedudukan alir keluar berhubung dengan paras air dalam tabung dan tangki.
  6. Alir keluar daripada sisten bekalan air panas.
  7. Alir keluar air panas hendaklah sama paras sebagaimana alir keluar bagi maksud-maksud lain.
  8. Sisten air panas tidak boleh mempunyai injap bebola.
  9. Injap campur.
  10. Paip liang terbuka (pengembangan).

          TEMPAT MANDI, BASIN TANDAS, SINK, TANDAS,

          DAN RADAS KEBERSIHAN YANG SAMA

  1. Tempat mandi, basin tandas dan sink.
  2. Radas simbah bagi tandas, tempat kencing, dsb.
  3. Alir masuk ke sisten simbah.
  4. Tandas sisten simbah.
  5. Sisten simbah tempat kencing kendalian tangan.
  6. Sisten simbah automatik.
  7. Injap simbah.
  8. Pan Tandas.
  9. Memotong pepasangan air.
  10. Meter-meter hendaklah dipasang oleh Kerajaan.
  11. Kedudukan meter-meter.
  12. Kedudukan semula meter-meter.
  13. Meteri meter.
  14. Menukar meter-meter.
  15. Menguji meter-meter.
  16. Asas bagi caj-caj air di mana meter gagal mendaftar dengan betul.
  17. Bekalan tak bermeter sementara.
  18. Mengganggu meter.
  19. Kerosakan atau pembinasaan meter.
  20. Meter kecil-meter kecil.

          BEKALAN-BEKALAN PERSENDIRIAN

  1. Permohonan bagi bekalan baru atau menyambung bekalan atau bagi perubahan.
  2. Memotong dan menyambung semula bekalan.
  3. Semua bekalan melalui meter.
  4. Hanya satu paip perhubungan sahaja.
  5. Mengtep paip perhubungan untuk membekalkan kepada pengguna-pengguna lain.
  6. Pemasangan paip perhubungan dan meter.
  7. Penyenggaraan paip perhubungan.
  8. Mengubah sambungan paip perhubungan.
  9. Mengambil alih paip perhubungan.
  10. Memasang sisten simpanan.
  11. Sambungan bekalan ke premis lain.
  12. Bekalan persendirian yang cacat.
  13. Kuasa untuk memotong.
  14. Menyambung semula bekalan.
  15. Menamatkan perjanjian bekalan.
  16. Bekalan bermeter sementara.
  17. Bekalan bagi pengendalian bangunan.
  18. Penggunaan hos bagi pengendalian bangunan.

          BEKALAN BAGI BANGUNAN BERBILANG TINGKAT

  1. Bekalan bagi bangunan berbilang tingkat.
  2. Penyenggaraan oleh pengguna.
  3. Sisten mengepam.
  4. Memeterkan bekalan.
  5. Kaedah-kaedah 68 hingga 84 hendaklah dipakai.

          BEKALAN KE KILANG-KILANG

  1. Memasang sisten simpanan.
  2. Mengawal alir masuk.
  3. Bekalan memadam api hendaklah dimeter.
  4. Edaran semula air.

          BEKALAN KE KAWASAN PERUMAHAN

  1. Kos sistem bekalan ke kawasan perumahan hendaklah ditanggung oleh pemaju.
  2. Sistem bekalan yang diluluskan oleh Pengarah Negeri.
  3. Mengambil alih sistem bekalan.
  4. Penyenggaraan oleh pemaju sebelum mengambil alih.
  5. Mengepam.

          PAIP UMUM

  1. Paip umum.
  2. Penggunaan paip umum.
  3. Melekatkan hos ke paip umum.
  4. Mengganggu paip umum.
  5. KOLAM MANDI, AIR PANCUT DAN KOLAM PERHIASAN

  6. Kolam mandi.
  7. Perakuan ujian.
  8. Tanggungjawab pengendali.
  9. Susutan kolam mandi.
  10. Mengelakkan pembaziran.
  11. Meter berasingan.

          AIR PANCUT DAN KOLAM PERHIASAN

  1. Air pancut dan kolam perhiasan.
  2. Meter berasingan.

          TUKANG PAIP BERLESEN

  1. Lesen untuk menjalankan kerja.
  2. Fee bagi lesen.
  3. Notis hendaklah diberi oleh Tukang Paip Berlesen.
  4. Perakuan yang memuaskan hati apabila tamat bekalan persendirian.
  5. Laporan atas pembaikian dan penggantian.
  6. Notis mengenai kerosakan.
  7. Pembatalan G.N. 619/54.

JADUAL PERTAMA

Lesen Untuk Menjalankan kerja

JADUAL KEDUA

Jadual bagi caj-caj

JADUAL KETIGA

Jadual Piawaian Yang Diluluskan

JADUAL KEEMPAT

Jadual orang-orang yang Diluluskan Mengemukakan Pelan-Pelan Plumbing

ENAKMEN BEKALAN AIR 1952

KEADAH-KAEDAH BEKALAN AIR (KELANTAN) 1984

PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 34 Enakmen Bekalan Air 1952, Raja dalam Mesyuarat membuat kaedah-kaedah yang berikut :

1.     Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-kaedah Bekalan Air (Kelantan) 1984 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1hb. Julai 1984.

[Atas]       

AM

2.     Dalam Kaedah-kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"bahan menahan kakisan" ertinya apa-apa bahan yang mempunyai rintangan yang tinggi terhadap apa-apa tindakan kakis yang mana ia mungkin tertakluk dalam hal keadaan dalam mana ia digunakan;

"Enakmen" ertinya Enakmen Bekalan Air 1952;

"garisan air" berhubung dengan suatu sisten ertinya paras tertinggi air di mana sesuatu sisten direkabentuk untuk berkerja;

"injap bebola" ertinya mana-mana injap kendalian terapung untuk mengawal alir masuk air ke dalam sisten atau lain-lain vesel;

"injap penahan" ertinya apa-apa alat lain daripada tep air keluar bagi memberhentikan aliran air dalam paip apabila dikehendaki;

"kebok" ertinya vesel kebok bertutup yang boleh mengandungi air di bawah tekanan yang lebih daripada tekanan udarakasa;

"kerajaan" ertinya Kerajaan Negeri Kelantan;

"meter" termasuklah mana-mana alat yang digunakan bagi maksud menyukat atau menganggar amaun air yang digunakan atau digunakan sebaliknya;

"meter besar" termasuklah mana-mana meter menyukat air di mana kesemuanya atau sebahagiannya yang kemudiannya disukat oleh satu atau lebih meter-meter kecil.

"meter kecil" ertinya mana-mana meter yang menyukat air yang telah dimeterkan semenjak meninggalkan sesalur awam;

"muatan" berhubung dengan satu sisten simpanan ertinya muatan sisten yang diukur sehingga garisan air melainkan jika dinyatakan sebaliknya;

"paip agihan" ertinya mana-mana paip pengguna yang membawa air daripada sisten simpanan atau sisten bekal atau radas air panas yang dibekalkan dari sisten bekal dan di bawah tekanan hanya dari sisten itu;

"paip amaran" ertinya satu paip limpah yang dilekatkan sedemikian supaya hujung air keluarnya adalah terbuka dan di tempat yang mudah dilihat di mana kadar alir air boleh dilihat;

"paip perhubungan" ertinya bahagian sesalur paip di antara sesalur awam dan meter itu, atau jika tidak ada meter, bahagian sesalur paip itu di antara sesalur awam dan tempat di mana, pada pendapat Pengarah Negeri, meter itu akan diletakkan;

"paip servis" ertinya mana-mana paip untuk membekalkan air dari suatu sesalur awam ke mana-mana premis yang tertakluk kepada tekanan air daripada sesalur awam, atau mungkin tertakluk seperti tersebut jika tidak kerana penutupan mana-mana tep;

"paras limpah" berhubung dengan satu paip amaran atau paip limpah lain suatu sisten, ertinya paras yang rendah sekali di mana air boleh mengalir ke dalam paip itu daripada sisten tersebut;

"Pengarah Negeri" ertinya Pengarah Jabatan yang bertanggungjawab ke atas bekalan air Negeri Kelantan dan hendaklah, bagi maksud-maksud Kaedah ini, termasuklah mana-mana pegawai lain yang bertindak atas sifat itu atau yang diberi kuasa sewajarnya olehnya untuk mentadbir Kaedah-kaedah ini;

"pengguna" ertinya mana-mana orang, orang-orang atau pertubuhan yang diperbadankan yang dibekalkan dengan air dari sesalur awam atau mana-mana orang atau orang-orang yang selainnya bertanggungan bagi pembayaran caj air atau sewa meter. Seseorang pengguna boleh jadi seorang pemunya atau penghuni;

"Pepasangan air" termasuklah paip-paip (selain daripada sesalur-sesalur), spesial, tep, kuncipaip, injap, ferrules, meter, sisten, tempat mandi termasuklah kolam mandi, tandas, radas air panas dan lain-lain radas atau perkakas yang digunakan berhubung dengan bekalan dan penggunaan air;

"Piawaian yang Diluluskan" ertinya piawaian atau penentuan atau suatu Kanun Amalan yang dikeluarkan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perusahaan Malaysia (SIRIM), atau jika itu tidak ada, oleh Institut Piawaian British (BSI) sebagaimana yang dipinda atau disemak dari semasa ke semasa, atau lain-lain piawaian sebagaimana yang diluluskan oleh Pengarah Negeri menurut kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh Kaedah-kaedah ini;

"Pihak Berkuasa Negeri" ertinya Raja dalam mesyuarat bagi Negeri Kelantan;

"sesalur awam" ertinya mana-mana paip air yang dipasangkan, disenggara atau dikawal oleh Pengarah Negeri yang mana sesalur paip boleh disambungkan;

"sesalur bekalan" ertinya talian paip yang membawa air daripada suatu sesalur awam yang sedia ada kepada sistem bekalan air sesuatu kawasan perumahan yang diluluskan;

"sisten bekal" ertinya mana-mana sisten simpanan yang digunakan untuk membekalkan air sejuk kepada radas air panas atau kepada sisten simbah atau kepada mana-mana bahagian sisten penyaman udara atau kepada mana-mana loji atau jentera;

"sisten sedutan" ertinya mana-mana sisten simpanan yang digunakan untuk membekalkan air kepada sisten mengepam;

"sisten simbah" ertinya suatu sisten dengan radas pembuangnya untuk menyimbah takungan jamban, tempat kencing, parit bidet, betungan atau radas kebersihan yang serupa;

"sisten simpanan" ertinya mana-mana sisten, lain daripada sisten simbah, mempunyai permukaan air bebas di bawah tekanan udarakasa yang darinya air yang dibekalkan dari sesalur awam adalah dihantar bagi kegunaan selain daripada melalui tep air keluar yang dilekatkan kepada tangki;

"spesial" ertinya apa-apa jarak sambung paip lain daripada paip lurus gerakan segaya;

"tangki" ertinya vesel bertutup bukan silinder yang boleh mengandungi air di bawah tekanan lebih daripada tekanan udarakasa;

"tukang paip berlesen" ertinya mana-mana orang atau perbadanan yang dilesenkan oleh Pengarah Negeri menurut kaedah-kaedah ini;

[Atas]       

 

3.  (1)  Tiada seseorang pun boleh, bagi maksud membawa, menghantar, menerima atau menggunakan air yang dibekalkan daripada sesalur awam:-

  1. menggunakan apa-apa pepasangan air yang bersifat sedemikian yang disusun atau disambungkan sedemikian supaya menyebabkan atau membenarkan atau mungkin menyebabkan atau membenarkan pembaziran, penggunaan yang tidak berpatutan, penyalahgunaan atau pencemaan air;
  2. menggunakan mana-mana pepasangan air yang tidak menurut Piawaian Yang Diluluskan atau kehendak-kehendak tertentu Kaedah-kaedah ini sebagaimana yang boleh dipakai baginya;
  3. mengatur, menyambung, memotong, mengubah atau membarui mana-mana pepasangan air yang berlawanan dengan mana-mana kehendak-kehendak Kaedah-kaedah ini;

    (2)  Kaedah-kaedah ini tidak boleh dipakai supaya menghendaki mana-mana orang untuk mengubah atau membarui mana-mana pepasangan air yang sah dipasang pada tarikh bila Kaedah-kaedah ini mula berkuatkuasa atau untuk mengadakan apa-apa tambahan kepadanya melainkan jika pepasangan tersebut pada pendapat Pengarah Negeri adalah terlalu cacat dan dalam keadaan atau tempat demikian boleh menyebabkan atau mungkin menyebabkan pembaziran, penggunaan yang tidak berpatutan, penyalahgunaan atau pencemaran air yang dibekalkan daripada sesalur awam.

[Atas]       

 

4. Kehendak-kehendak berhubung dengan jenis, bahan dan penempatan pepasangan air yang dinyatakan di dalamnya boleh dilonggarkan sama ada amnya atau dalam kes-kes tertentu, jika Pengarah Negeri mensifatkannya perlu untuk berbuat demikian.

[Atas]       

 

5. Dalam mana-mana kes yang mana tiada peruntukan dibuat dalam Kaedah-kaedah ini berhubung dengan pepasangan air, sama ada sesuatu pepasangan air boleh diluluskan dan sama ada air boleh dibekalkan kepada suatu sistem yang menggunakan pepasangan demikian hendaklah sepenuhnya menurut budibicara Pengarah Negeri.

[Atas]       

 

6. Pengarah Negeri hendaklah mempunyai kuasa untuk menutup bekalan air kepada mana-mana premis jua pun dan pada bila-bila masa kerana melanggar mana-mana Kaedah-kaedah ini dengan syarat pada hari penutupan air itu ia hendaklah memberitahu pengguna secara bertulis mengapa berbuat demikian.

[Atas]       

 

7. Mana-mana kehendak dalam Kaedah-kaedah ini bahawa suatu pepasangan air hendaklah mematuhi suatu Piawaian yang diluluskan hendaklah dipakai hanya kepada sebahagian piawaian itu sebagaimana berhubung dengan saiz, jenis, bahan, kekuatan dan mutu buatan itu dan hendaklah disifatkan sebagai memuaskan walau apapun penyimpangan daripada piawaian itu jika penyimpangan demikian, pada pendapat Pengarah Negeri, tidak bertentangan menyentuh kecekapan atau penyesuaian pepasangan itu.

[Atas]       

 

8. Jika mana-mana kehendak apa-apa piawaian itu berhubung dengan mana-mana perkara yang bertelingkah dengan suatu kehendak tertentu Kaedah-kaedah ini, yang terkemudian itu adalah dipakai.

[Atas]       

 

9. Jika mana-mana peruntukan Kaedah-kaedah ini menyatakan kedua-dua sukatan imperial dan sukatan metrik, bagi maksud-maksud peruntukan tersebut sukatan metrik disifatkan sebagai sama dengan sukatan imperial.

[Atas]       

 

10. Tiada wayar bumi bagi sesuatu pepasangan elektrik boleh disambungkan ke mana-mana paip air.

[Atas]       

 

11. (1)  Tiada pam atau lain-lain radas yang boleh menambah, mengurang atau menjejas tekanan air yang dibekalkan dari sesalur awam boleh dipasang atau dijalankan di sesuatu pepasangan tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Negeri.

      (2)  Pengarah Negeri boleh memberi kebenaran tersebut tertakluk kepada syarat-syarat yang ia fikirkan patut, dan boleh mengenakan bayaran yang dinyatakan dalam Jadual Kedua berhubung dengan ujian tekanan yang perlu dijalankan ke atas sesalur awam atas permintaan seorang pengguna yang menghendaki kebenaran tersebut.

[Atas]       

 

KEHENDAK-KEHENDAK BAGI PEPASANGAN AIR,

KELULUSAN DAN BAYARAN UJIAN

12. Tiada paip atau pepasangan boleh digunakan untuk membawa atau menerima air yang dibekalkan daripada sesalur awam melainkan jika paip atau pepasangan tersebut telah terlebih dahulu diluluskan dan/atau dicap atau sebaliknya diluluskan oleh Pengarah Negeri selepas berunding dengan Ketua Pengarah, Jabatan Kerja Raya, Semenanjung Malaysia.

[Atas]       

 

13. Pengarah Negeri boleh, dengan kelulusan Raja dalam Mesyuarat mengenakan bayaran bagi ujian, kelulusan dan mengecap pepasangan air.

[Atas]       

 

PAIP-PAIP

14. Tiap-tiap paip servis, paip agihan atau paip pam penghantar hendaklah dari bahan yang diluluskan dan hendaklah mematuhi Piawaian Yang Diluluskan yang bersesuaian sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

[Atas]       

 

15. Tiap-tiap paip servis, paip agihan atau paip pam penghantar hendaklah dari keluli lembut galvani, besi tuangan, polyvinyl chloride tak berplastik, simen asbestos, keluli lembut bersalur konkrit atau tembaga sebagaimana yang diluluskan oleh Pengarah Negeri.

[Atas]       

 

16. Tiap-tiap paip servis, paip agihan atau paip pam penghantar tiub keluli lembut hendaklah digalvani dengan memuaskan hati Pengarah Negeri dan hendaklah dari gred berat dengan syarat bahawa tiub gred sederhana boleh digunakan jika pemasangan paip tidak menyentuh bumi.

[Atas]       

 

17. Tiap-tiap paip servis, paip agihan atau paip pam penghantar dari simen asbestos, besi tuangan atau mulur besi tuangan hendaklah dari Kelas B atau C dan paip-paip polyvinyl-chloride tak berplastik hendaklah dari Kelas C atau D sebagaimana yang diluluskan oleh Pengarah Negeri.

[Atas]       

 

18. Tiap-tiap paip servis, paip agihan atau paip pam penghantar dari besi keluli lembut yang garispusatnya melebihi 100 mm.(empat inci) hendaklah ada perlindungan dalam dan luar menentang kakisan mengikut kelulusan Pengarah Negeri.

[Atas]       

 

19. (1)  Tiap-tiap paip servis, paip agihan atau paip pam penghantar dari apa-apa bahan atau dimensa lain daripada yang disebutkan dalam perenggan-perenggan terdahulu hendaklah diluluskan oleh Pengarah Negeri sebelum digunakan.

     (2)  Paip-paip demikian hendaklah mematuhi kehendak-kehendak mana-mana Piawaian yang Diluluskan yang menguasai paip-paip dari bahan atau dimensa sebagaimana yang mungkin berkuatkuasa pada masa itu.

     (3)  Ujian tekanan bagi paip demikian hendaklah tidak kurang daripada tekanan maksimum dua kali ganda yang mana paip itu adalah bertanggungan dan tertakluk di bawah syarat-syarat bekerja.

[Atas]       

 

TEP DAN INJAP

20. (1)  Tiap-tiap tep bebibir, tep tiang, tep gelob dan injap penahan dari bentuk sekeru biasa, dan dari saiz nominal tidak melebihi 50 mm. (dua inci) hendaklah mematuhi Piawaian yang diluluskan yang berkaitan.

     (2)  Tep-tep dan injap penahan bukan dari bentuk sekeru hendaklah berupaya menahan tekanan sekurang-kurangnya 20.7 bar (tiga ratus paun satu inci persegi).

     (3)  Tiap-tiap injap, spindal dan lain-lain bahagian dalamnya dan, jika saiz nominal tep itu tidak lebih daripada 50 mm. (dua inci), badannya, hendaklah dibuat dari alloy perintang kakisan.

[Atas]       

 

21. Tiap-tiap injap salur dari saiz nominal 50 mm. (dua inci) atau lebih hendaklah mematuhi sebagaimana terhadap bahan, mutu buatan, mutu penyiapan dan pengujian dengan Piawaian yang Diluluskan yang berkaitan.

[Atas]       

 

22. Tiap-tiap injap bebola, dari saiz nominal tidak lebih daripada 50 mm. (dua inci) hendaklah mematuhi Piawaian yang Diluluskan yang berkaitan. Apongan plastik hendaklah digunakan hanya dalam pepasangan air sejuk sahaja.

[Atas]       

 

23. (1)  Tiap-tiap apongan yang dikendalikan oleh injap, selain daripada injap bebola dari saiz nominal tidak lebih daripada 50 mm. (dua inci), hendaklah dari jenis dan rekabentuk yang diluluskan oleh Pengarah Negeri.

     (2)  Injap-injap demikian hendaklah berkeupayaan selisih, kedap air terhadap dua kali ganda tekanan maksimun hiderol yang mana ianya adalah tertakluk di bawah syarat-syarat kerja biasa dan ianya hendaklah mempunyai bahagian-bahagian bergerak dan injap muka dari alloy perintang kakisan yang sesuai.

     (3)  Apongan hendaklah dari tembaga atau lain-lain bahan perintang kakisan dan injap pasangan hendaklah sedemikian kadar supaya, bila apongan itu direndam ke suatu takat tidak melebihi separuh daripada isipadunya, injap itu hendaklah kedap air terhadap tekanan paling tinggi terhadap mana ianya akan digunakan.

     (4)  Tiap-tiap injap bebola atau apongan yang dikendalikan oleh injap hendaklah dipasang dengan kukuh dan tegap di atas garisan air sistem berhubung dengan yang mana ianya diperuntukkan dan hendaklah disangga sendirian oleh paip alir masuk (melainkan jika paip alir masuk itu dipasang dengan teras di tangki itu) dan dalam keadaan sedemikian supaya badan injap tidak terendam bila tangki itu diisi hingga ke paras limpah.

[Atas]       

 

SUSUNAN KERJA PAIP

24. (1)  Tiap-tiap paip hendaklah disangga dengan secukupnya dan hendaklah disejajarkan sejauh mana yang boleh untuk mengelakkan sendar udara atau gema.

      (2)  Tiap-tiap paip atau pepasangan di dalam sesuatu bangunan hendaklah setakat mana yang praktik ditempatkan supaya tersedia mudah untuk diperiksa, dibaiki dan diganti:

Dengan syarat Kaedah ini tidak melarang menyembunyikan paip atau pepasangan yang telah diperiksa dan diluluskan oleh Pengarah Negeri sebelum menyembunyikannya.

      (3)  Rekabentuk susunan itu, pemilihan jenis pepasangan yang digunakan dan pemasangan itu hendaklah menurut kelulusan Kanun Amalan setakat mana ianya boleh dipakai.

[Atas]       

 

25. (1)  Tiap-tiap paip servis, paip agihan atau paip pam penghantar, jika tidak dalam sesuatu bangunan hendaklah dipasang dalamnya tidak kurang daripada 300mm. (dua belas inci) dari permukaan bumi atau di kaki lima selepas saja atas paip.

      (2)  Tiap-tiap paip demikian jika di bawah jalan tidak boleh kurang daripada 450 mm. (satu kaki enam inci) dari permukaan jalan di atas paip tersebut. Dalam tiap-tiap kes, paip-paip di bawah tanah hendaklah dipasang sedemikian supaya bebas dari bahaya kerosakan.

      (3)  Tiap-tiap paip servis, yang dipasang dalam keadaan terdedah hendaklah diberi perlindungan yang wajar dari bahaya kerosakan.

[Atas]       

 

26.  (1)  Tiada paip servis, paip agihan, paip pam penghantar atau lain-lain bekas yang digunakan untuk menerima atau menghantar bekalan air dari sesalur awam boleh digunakan untuk menerima atau menghantar mana-mana air lain daripada yang dibekalkan dari sesalur awam.

      (2)  Tiada paip lain daripada paip simbah daripada radas simbah yang sempurna boleh menghantar air kepada takungan mana-mana tandas atau mana-mana tempat kencing.

      (3)  Tiada paip servis boleh disambungkan ke paip agihan, atau ke paip pam penghantar, melainkan jika, dalam hal yang kemudian itu, sambungan tersebut tidak bertanggungan menyebabkan pembaziran, penggunaan yang tidak berpatutan, salahguna, sukatan salah atau pencemaran air atau gema dalam paip.

[Atas]       

 

27. Tiada paip servis, paip agihan atau paip pam penghantar boleh dipasang supaya ianya masuk ke dalam atau melalui mana-mana betungan, atau mana-mana lorong yang bersambungan dengannya atau ke dalam atau melalui mana-mana lubang abu atau lubang baja dan, jika tidak dapat dielakkan, tiada paip servis, paip agihan atau paip pam penghantar boleh dibenarkan terus menyentuh mana-mana tanah kotor atau apa-apa bahan dari jenis itu yang mana mungkin boleh menyebabkan kerosakan yang tidak berpatutan terhadap paip. Jika pemasangan paip tersebut melalui tanah kotor atau bahan yang merosakkan seperti yang disebutkan sebelum ini tidak dapat dielak, paip hendaklah dilindungi dengan sewajarnya untuk menghalangnya menyentuh tanah atau bahan itu dengan dibawa melalui konduit dari bahan yang sesuai atau dengan cara lain yang sesuai.

[Atas]       

 

28. (1)  Semua spesial yang perlu berhubungan dengan mana-mana paip hendaklah berkeupayaan menahan suatu ujian tekanan yang sama dengan tekanan paip yang mana ia disambungkan.

      (2)  Tiada liku atau lengkung dalam mana-mana paip boleh dibuat supaya mengecilkan jalan air atau mengubah garis pusat dalam mana-mana bahagian talian paip.

      (3)  Sekeru panjang yang cukup, penjodoh atau pepasangan dari jenis yang sama, hendaklah diperuntukkan dalam semua paip servis dan paip agihan untuk membolehkan penggantian pasangan paip yang rosak tanpa kerosakan yang berlebihan terhadap bangunan.

[Atas]       

 

29. (1)  Tiap-tiap paip servis, yang membekalkan air hendaklah diperuntukkan dengan suatu injap penahan yang sesuai sebagai tambahan kepada ferrule di sesalur awam. Injap penahan itu hendaklah ditempatkan ke hulu sebelum meter. Jika injap penahan ditempatkan di bawah tanah, ianya hendaklah ditutup dalam ruang yang sewajar dengan tutup yang sesuai atau selainnya dilindungi secukupnya.

      (2)  Suatu injap penahan yang sesuai hendaklah diperuntukkan di tiap-tiap alir masuk dan alir keluar sisten simpanan atau sisten bekal, selain daripada paip amaran, dan di paip alir masuk paip ke tiap-tiap sisten simbah.

[Atas]       

 

30. Pengarah Negeri boleh mengarahkan supaya mana-mana tep atau tep-tep atas sesuatu premis-premis yang dibekalkan dengan air daripada sesalur awam hendaklah ditempatkan atau dipindahkan ke sesuatu kedudukan dalam lingkungan premis sebagaimana dengan cukup berkesan menghalang pembaziran dan boleh enggan membekal atau untuk terus membekal air ke premis-premis itu sehingga arahan-arahan itu dipatuhi.

[Atas]       

 

31. (1)  Sesuatu tep air keluar yang elok atau tep-tep dari jenis tep sekeru hendaklah diperuntukkan atas paip servis dalam tiap-tiap premis untuk mengeluarkan air bagi maksud diminum atau dimasak.

      (2)  Semua tep alir keluar atas paip servis hendaklah dilekatkan sedemikian supaya alir keluarnya adalah sekurang-kurangnya 150 mm. (enam inci) ke atas daripada tepi atas mana-mana tab, jar atau sink yang ke dalamnya air boleh mengalir masuk.

[Atas]       

 

32. Tiada apa-apa alat atau pepasangan kecuali dari jenis yang diluluskan oleh Pengarah Negeri, boleh dilekatkan pada alir keluar mana-mana tep atas sesuatu paip servis untuk bertindak sebagai penyenyap keluaran atau menghalang air memercik dari tep.

[Atas]       

 

SISTEN SIMPANAN

33. (1)  Tiap-tiap sisten simpanan hendaklah kedap air, disangga sewajarnya dan dilindungi dengan sesuai dari kakisan. Sisten simpanan hendaklah dibina dari keluli galvani lembut, plet muka keratan keluli tekanan, kaca gentian, simen asbestos dan konkrit tetulang sebagaimana yang diluluskan oleh Pengarah Negeri dan hendaklah mematuhi Piawaian yang Diluluskan yang berkaitan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

      (2)  Jika sisten itu dibina dari besi atau keluli, besi atau keluli itu hendaklah digalvani dan tebalnya logam yang digunakan mestilah tidak kurang daripada yang dinyatakan bagi tangki Gred A dalam Piawaian yang Diluluskan yang berkaitan.

      (3)  Tiap-tiap sisten simpanan dari apa-apa bahan atau dimensa selain daripada yang disebutkan dalam perenggan-perenggan yang terdahulu dalam Kaedah ini hendaklah diluluskan oleh Pengarah Negeri sebelum digunakan dan hendaklah mematuhi kehendak-kehendak mana-mana Piawaian yang Diluluskan yang berkaitan yang menguasai tangki-tangki dari bahan atau dimensa itu.

[Atas]       

 

34. Tiap-tiap sisten simpanan hendaklah diperuntukkan dengan penutup kalis habuk dan nyamuk. Penutup itu hendaklah dibina sedemikian supaya ianya tidak kedap udara, dan hendaklah ditempatkan dalam keadaan sedemikian supaya bahagian dalam sisten boleh diperiksa dan dibersihkan, dan bagi maksud ini suatu ruang lapang tidak kurang daripada 375 mm. (lima belas inci) hendaklah diperuntukkan di antara bahagian atas sisten dan apa-apa halangan. Sisten simpanan seperti itu tidak boleh ditempatkan dalam keadaan yang boleh menyebabkan air di dalamnya menjadi cemar.

[Atas]       

 

35. Tiap-tiap sisten simpanan atau bidang sisten simpanan bagi maksud-maksud domestik hendaklah mempunyai muatan tidak kurang daripada yang dinyatakan dalam susunan yang berikut ini:

Jenis Bangunan

Muatan simpanan minimum pada nominal

Rumah kediaman (desa)

450 liter (satu ratus gelen)

Rumah kediaman dan rumah pangsa (bandar)

680 liter (satu ratus lima puluh gelen)

Rumah pangsa berbilang tingkat dengan sisten simpanan aras tinggi pukal.

140 liter (tiga puluh gelen)

Rumah kos rendah (yang diluluskan oleh Kerajaan)

450 liter (satu ratus gelen)

Asrama

180 liter (empat puluh gelen) tiap-tiap penghuni.

Sekolah harian

30 liter (enam setengah gelen) tiap-tiap orang bagi setiap sessi.

Sekolah berasrama

180 liter (empat puluh gelen) tiap-tiap penghuni.

Lain-lain

Bekalan satu hari atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengarah Negeri.

Dengan syarat bahawa Pengarah Negeri hendaklah mempunyai kuasa menetapkan supaya sisten muatan lebih tinggi dipasang dalam mana-mana kes di mana ia fikirkan muatan lebih tinggi dikehendaki.

[Atas]       

 

36. Tiap-tiap sisten simpanan atau sisten bekal bermuatan tidak melebihi 4,500 liter (satu ribu gelen) hendaklah mematuhi kehendak-kehendak yang berikut:

  1. ia hendaklah diperuntukkan dengan satu paip limpah yang juga adalah paip amaran;
  2. garispusat dalam paip limpah hendaklah lebih besar daripada garispusat dalam paip alir masuk dan tidak boleh dalam mana-mana kes kurang daripada 19 mm. (tiga suku inci) dan hendaklah dari gred yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Negeri;
  3. paras limpah paip amaran hendaklah diset 50 mm. (dua inci) di atas paras air di dalam tangki dan tidak kurang dari 50 mm. (dua inci) di bawah tepi atas tangki;
  4. paip alir masuk sisten, atau bidang sisten, yang mengeluarkan air dari suatu sesalur paip hendaklah dipasang dengan tep bebola tekanan tinggi, yang mana alir masuknya hendaklah sekurang-kurangnya 75 mm. (tiga inci) di atas garisan air;
  5. paip alir masuk sisten, atau bidang sisten, yang mengeluarkan air daripada paip agihan hendaklah dipasang dengan tep bebola mempunyai keupayaan penutupan kedap air terhadap tekanan dua kali ganda atas mana ianya tertakluk di bawah syarat-syarat bekerja biasa;
  6. melainkan dikecualikan oleh Pengarah Negeri, suatu paip cuci hendaklah dipasang pada takat sisten yang paling rendah. Injap penahan paip cuci ini hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan paip cuci hendaklah dialir ke dalam parit;
  7. sisten itu tidak boleh ditanam atau dibenam ke dalam tanah melainkan jika __
  1. sisten itu dibina dari konkrit tetulang dan direkabentuk sebagai binaan penahan air;

  2. sisten itu ditempatkan sedemikian dan permukaan luar sisten hendaklah dikeringkan supaya air bumi atau air bah tidak dapat naik ke paras itu yang boleh menyebabkan pencemaran air kepada air simpanan dalam sisten; dan

  3. sisten ini hendaklah lulus ujian kedapan air.

[Atas]       

 

37. Tiap-tiap sisten simpanan atau sisten bekalan bermuatan melebihi 4,500 liter (satu ribu gelen) hendaklah mematuhi kehendak-kehendak yang berikut:

(a) ia hendaklah dipasang dengan suatu paip limpah yang elok dan jika paip limpah itu bukan paip amaran, hendaklah juga dipasang dengan paip amaran yang elok atau lain-lain yang berkesan yang disusun sedemikian untuk menunjukkan bila air di dalam tangki itu mencapai paras tidak kurang daripada 50 mm. (dua inci) di bawah paras limpah paip limpah;

(b) jika paip amaran, tetapi lain-lain paip limpah tidak dipasang, paip amaran itu hendaklah mematuhi kehendak-hehendak perenggan-perenggan (b) dan (c) kaedah 36;

(c) jika kedua-dua paip amaran dan suatu paip limpah selain daripada paip amaran dipasang, garispusat dalam paip amaran tidak boleh kurang daripada 25 mm. (satu inci).

(d) paip alir masuk sisten atau bidang sisten, mengeluarkan air daripada paip servis atau paip agihan hendaklah dipasang dengan tep bebola, injap kendalian terapong atau lain-lain cara mengawal alir masuk air yang berkesan yang direkabentuk sedemikian untuk menghalang limpah dan keupayaan penutupan kedap air terhadap dua kali ganda tekanan yang mana ianya adalah tertakluk di bawah syarat-syarat bekerja biasa:

Dengan syarat bahawa, dengan kelulusan terlebih dahulu daripada Pengarah Negeri secara bertulis, kehendak ini tidak payah dibuat jika sisten itu mengambil air daripada paip servis melalui pam galak____

  1. paip alir masuk ke dalam sisten adalah lebih tinggi yang mana air akan mengalir melalui graviti daripada paip servis dan

  2. semua langkah-langkah perlu diambil untuk menghalang pembaziran atau pencemaran air dan pengaliran air balik semula ke dalam paip-paip servis daripada sisten.

(e) suatu paip cuci hendaklah dipasang di tangki itu pada takat paling rendah. Injap penahan paip cuci ini hendaklah ditempatkan di tempat yang sesuai dan paip cuci hendaklah dialir ke dalam parit.

(f)  sisten itu tidak boleh ditanam atau dibenam ke dalam tanah melainkan jika sisten ini mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam perenggan (g) kaedah 36.

[Atas]       

 

SISTEM AIR PANAS

38. (1)  Tiada radas pemanas atau penyejuk, yang direkabentuk untuk kegunaan mengalirkan air yang dibekalkan dari sesalur awam, boleh dipasang atau dikerjakan di dalam mana-mana pemasangan tanpa persetujuan bertulis dari Pengarah Negeri, yang boleh memberi persetujuan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang difikirkan patut. Radas tersebut hendaklah hanya dibekalkan dengan air daripada paip agihan.

     (2)  Tiap-tiap radas, bekalan air panas atau lain-lain radas dalam atau dalam mana air yang dibekalkan daripada sesalur awam adalah dipanaskan, hendaklah dibekalkan daripada sistem bekalan air sejuk atau bekalan air sejuk itu hendaklah dikawal oleh tep bib atau injap penahan dan tidak boleh disambungkan terus kepada air yang terkandung dalam radas tetapi hendaklah dialir ke dalam udara di atas paras limpah radas:

Dengan syarat bahawa sub-kaedah ini tidak dipakai dalam kes___

  1. pemanas simpanan lektrik kawalan laras suhu bermuatan tidak lebih daripada 13.5 liter (tiga gelen):
  2. Dengan syarat bahawa pemanas tersebut tidak mempunyai sambungan pada tepi alir keluar dengan apa-apa pepasangan air yang mengandungi air yang dibekalkan selainnya melalui pemanas:

    Dan dengan syarat lagi bahawa pemanas-pemanas itu adalah dengan itu tidak tertakluk kepada tekanan kerja lebih daripada yang mana ia direkabentuk dan bahawa tiap-tiap tempat air keluar adalah di tempat terbuka di atas paras limpah mana-mana tempat mandi, basin tandas, sink atau lain-lain perkakas yang dibekalkan darinya;

  3. pemanas ketika:

Dengan syarat bahawa selain daripada injap kawal pemanas sendiri maka tidak ada injap penahan selepas tempat sambungan alir-keluar dan paip agihan air sejuk:

Dan dengan syarat lagi bahawa pemanas adalah dengan itu tidak tertakluk kepada tekanan kerja lebih daripada yang mana ia direkabentuk dan tiap-tiap tempat air keluar adalah terbuka, di atas paras limpah mana-mana tempat mandi, basin tandas, sink atau lain-lain perkakas yang dibekalkan darinya.

[Atas]       

 

39. Tiap-tiap paip yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan membawa air panas hendaklah dari keluli, besi tempawan, kuprum, layang atau lain-lain bahan penahan kakisan selain daripada plumbum.

[Atas]       

 

40. Tiap-tiap tabung air panas atau tangki yang menjadi sebahagian daripada radas bekalan air panas hendaklah dibina dari bahan yang diluluskan oleh Pengarah Negeri dan hendaklah mematuhi Piawaian yang Diluluskan yang berkaitan. Jika bahan yang digunakan tidak mematuhi mana-mana Piawaian yang Diluluskan, tabung atau tangki hendaklah berkeupayaan menahan tekanan dua kali ganda yang mana ianya tertakluk di bawah syarat-syarat kerja biasa. Tabung atau tangki hendaklah disangga secukupnya dan dilindungi secukupnya dari kakisan.

[Atas]       

 

41. Panjangnya mana-mana paip yang membawa air panas dari mana-mana sisten simpanan air panas, tabung atau tangki, atau aliran dan sistem kembali ke mana-mana tep alir keluar hendaklah tidak melebihi yang ditetapkan berhubung dengan paip tersebut, dengan rujukan kepada garispusat nominal yang terbesar dari mana-mana bahagian itu, dalam susunan yang berikut:

Garispusat nominal paip yang terbesar

Panjang

tidak melebihi 13 mm (setengah inci).

18 m (enam puluh kaki)

melebihi 13 mm (setengah inci) tetapi tidak melebihi 19 mm (tiga suku inci)

12 m (empat puluh kaki)

melebihi 19 mm (tiga suku inci) tetapi tidak melebihi 25 mm (satu inci)

8 m (dua puluh lima kaki)

melebihi 25 mm (satu inci)

3 m (sepuluh kaki)

Dengan syarat bahawa di hospital-hospital, hotel-hotel dan institusi-institusi yang sama, jika paip yang mana tep dibekalkan adalah dibebat dengan berkesannya terhadap kehilangan haba dengan memuaskan hati Pengarah Negeri. Pengarah Negeri boleh meluluskan pemasangan tep-tep pada jarak yang melebihi daripada maksima yang dinyatakan dalam susunan di atas.

[Atas]       

 

42. Tiada tep atau lain-lain cara mengeluarkan air (selain daripada tep yang mempunyai kunci yang boleh dipindah untuk mengosongkan sisten) boleh disambungkan ke mana-mana bahagian sisten air panas dalam keadaan tertentu supaya dengan penggunaannya paras air di dalam sisten simpanan air panas, tabung atau tangki boleh diturunkan:

  1. di bawah paras atas mana-mana paip yang menyambungkan sisten, tabung atau tangki kepada radas dalam mana air dalam sisten itu dipanaskan; atau
  2. lebih daripada separuh daripada ukurdalam sisten atau satu perempat daripada ukurdalam tabung atau tangki:-

    Dengan syaratnya bahawa-

(i)  Jika sistem air panas termasuk dua atau lebih tabung air panas atau tangki pada paras yang berlainan. Kaedah ini hendaklah dipakai hanya berhubung dengan tabung atau tangki yang rendah sekali; dan

(ii) Kaedah ini tidak dipakai berhubung dengan sesuatu bekas terbuka yang dalamnya air dipanaskan terus.

[Atas]       

 

43. Jika air sejuk untuk radas air panas dibekalkan dari suatu sisten bekal alir keluar dari sisten bekal hendaklah 50 mm. (dua inci) di atas, bawah sisten atau jarak yang lebih tinggi sebagaimana yang perlu dengan bentuk binaan sisten dan paip sambungan hendaklah menghantar air kepada radas air panas sahaja.

[Atas]       

 

44. Jika sisten bekal bagi radas air panas adalah juga sisten simpanan bagi maksud-maksud lain, apa-apa alir keluar bagi maksud-maksud lain itu hendaklah sama parasnya sebagaimana alir keluar bagi radas air panas itu.

[Atas]       

 

45. Tiada sisten simpanan air panas boleh dipasang dengan injap bebola.

[Atas]       

 

46. Semua injap campur, paip atau lain-lain pepasangan dalam mana air panas dan air sejuk dicampur hendaklah dibekalkan daripada radas air panas yang disambungkan ke sisten bekal dan air sejuk daripada sisten simpanan.

[Atas]       

 

47. Kecuali bagi pemanas ketika dan pemanas air letrik kawalan larasuhu muatan kurang daripada 13.5 liter (tiga gelen) semua radas air panas hendaklah dipasang dengan paip liang terbuka (pengembangan) garispusat nominal tidak kurang daripada 19 mm. (tiga suku inci) disambungkan ke bahagian tertinggi air keluar air panas atau paip alir kedua dan mempunyai kenaikan yang berterusan ke leher angsa, yang mana alir keluarnya hendaklah pada tinggi di atas paras air sisten simpanan air sejuk atau sisten bekal yang sama tetapi tidak kurang daripada 13 mm. (setengah inci) bagi tiap-tiap 300 mm (satu kaki) perbezaan paras di antara sisten dan radas air panas atau 300 mm (dua belas inci) yang mana satu lebih besar.

[Atas]       

 

TEMPAT MANDI, BASIN TANDAS, SINK, TANDAS

DAN RADAS KEBERSIHAN YANG SAMA

48. (1) Tiap-tiap alir masuk ke tempat mandi yang lekat, basin tandas atau sink hendaklah berbeza dari dan tidak bersambung dengan, alir keluar itu, dan mana-mana alir keluar untuk mengosongkan tempat mandi lekat, basin tandas atau sink hendaklah diperuntukkan dengan plug kedap air yang boleh dilihat dan cukup padat atau lain-lain alir keluar yang mudah dimasuki dan persamaan yang sesuai.

     (2) Tiap-tiap tempat mandi lekat dan basin tandas hendaklah dibekalkan dengan air daripada paip agihan dan bukan dari paip servis. Paras tempat pengaliran air panas atau air sejuk hendaklah di atas paras limpah atau, jika tidak ada limpah, di hujung atas tempat mandi atau basin.

     (3) Jika sink lekat dibekalkan dengan air daripada suatu paip agihan, tempat pengaliran air panas atau air sejuk hendaklah lebih tinggi dari paras limpah, atau hendaklah lebih tinggi dari hujung atau sink, jika tidak ada limpah tersebut.

     (4) Jika sink lekat dibekalkan dengan air daripada paip servis, peruntukan-peruntukan kaedah 31 (2) hendaklah dipakai.

     (5) Tiap-tiap paip limpah yang dilekatkan di tempat mandi, basin tandas, atau sink hendaklah dilekatkan sedemikian supaya alir keluarnya, atau alir keluar mana-mana paip kotoran yang mana ia berhubung, hendaklah jika praktik, di tempat terdedah dan mudah dilihat di mana pembuangan air boleh dilihat.

[Atas]       

 

49. Tiap-tiap tandas, tempat kencing, bidet atau radas kebersihan yang sama hendaklah diperuntukkan dengan suatu sisten simbah atau dengan lain-lain radas yang sama dan elok untuk menyimbah tandas, tempat kencing atau tempat mandi bertunggang dengan betul. Air untuk sisten simbah atas radas itu hendaklah diambil dari sisten simpanan dan bukan terus daripada sesalur awam.

[Atas]       

 

50. Paip alir masuk tiap-tiap sisten simbah, tetapi bukan sisten simbah automatik, hendaklah dipasang dengan suatu injap bebola, injap kendalian terapung atau lain-lain cara yang berkesan untuk mengawal alir masuk air sebagaimana yang direkabentuk untuk menghalang dari melimpah.

[Atas]       

 

51. Tiap-tiap sisten simbah yang membekalkan suatu pan tandas hendaklah direkabentuk dan disusun sedemikian supaya isipadu simbahan atau, dalam kes sesuatu radas yang direkabentuk untuk memberi dua simbahan dari isipadu yang berlainan, isipadu simbahan yang besar (tidak termasuk air yang memasuki sisten semasa simbahan) tidak boleh melebihi dua gelen dan hendaklah mematuhi Piawaian yang Diluluskan yang berkaitan.

[Atas]       

 

52. Tiap-tiap sisten simbah kendalian tangan yang membekalkan ke tempat kencing hendaklah mematuhi Piawaian yang Diluluskan yang berkaitan dan direkabentuk sedemikian supaya memberi suatu simbahan 4.5 liter (satu gelen) tiap-tiap satu stall atau tiap-tiap 700 mm. (dua kaki tiga inci) lebar papak dengan suatu perubahan yang dibenarkan campur atau tolak lima peratus.

[Atas]       

53. Jika kelulusan Pengarah Negeri terlebih dahulu diperolehi secara bertulis, sisten simbah automatik boleh dipasang di institusi-institusi awam atau persendirian, kemudahan-kemudahan awam dan lain-lain tempat yang serupa. Sisten simbah automatik itu hendaklah mematuhi, berhubung dengan kualiti, dengan Piawaian yang Diluluskan yang berkaitan dan hendaklah dibina sedemikian untuk mencegah pembaziran penggunaan yang tidak berpatutan, salahguna atau pencemaran air.

[Atas]       

 

54. Injap simbah tidak boleh dipasang atau digunakan dalam mana-mana pepasangan melainkan jika____

(a) injap itu dibekalkan daripada sisten bekal khas yang membekalkan air kepada injap itu sahaja;

(b) kelulusan secara bertulis dari Pengarah Negeri telah diperolehi yang mana boleh memberi kelulusan itu tertakluk kepada syarat-syarat yang ia fikirkan patut.

[Atas]       

 

55. Tiap-tiap pan tandas hendaklah dibina sedemikian supaya boleh dibersihkan dengan elok dengan suatu simbahan dan hendaklah mematuhi Piawaian yang Diluluskannya yang berkaitan.

[Atas]       

 

56. Jika mana-mana pepasangan hendak dipotong selamanya sebahagian daripada mana-mana paip yang membekalkan air ke mana-mana pepasangan hendaklah dipotong.

[Atas]       

 

METER

57. Semua meter tidak termasuk meter kecil hendaklah dibekalkan, dipasang dan disenggara oleh Pengarah Negeri dan hendaklah terus menjadi harta Kerajaan, tetapi pengguna adalah bertanggungjawab bagi menjaga meter dengan selamat atau meter-meter semasa ianya dipasang atas paip servis atau paip-paip yang membekalkan ke premis-premisnya dengan air. Pengguna tidak boleh membenarkan mana-mana meter dialih dari bekalannya melainkan orang yang dibenarkan mengalih meter itu menunjukkan kepada pengguna suatu borang kebenaran bertulis yang membenarkannya mengalih meter tersebut. Jika diarahkan sedemikian oleh Pengarah Negeri, pengguna hendaklah mengadakan, atas perbelanjaannya sendiri, suatu peti meter bertutup atau rang bagi melindungi mana-mana meter.

[Atas]       

 

58. Kedudukan meter hendaklah ditentukan oleh Pengarah Negeri yang adalah bebas memasang meter itu di suatu tempat yang paling sesuai baginya.

[Atas]       

 

59. Jika pembacaan meter atau penukaran meter didapati susah di tempat asalnya disebabkan oleh mana-mana tindakan yang kemudian atau halangan-halangan yang boleh menyebabkan meter itu dialih semula atas perbelanjaan pengguna.

[Atas]       

 

60. Suatu meteri hendaklah dipasang kepada tiap-tiap meter.

[Atas]       

 

61. Pengarah Negeri boleh menurut budibicaranya menukar sesuatu meter pada bila-bila masa dengan tiada memberi apa-apa sebab.

[Atas]       

 

62. (1) Seseorang pengguna yang ragu-ragu tentang ketepatan meter yang menyukat bekalan airnya boleh, atas bayaran deposit yang dinyatakan dalam Jadual Kedua menyebabkan meter itu diuji oleh Pengarah Negeri dan pengguna atau wakilnya boleh hadir di ujian itu. Keputusan ujian itu hendaklah terikat ke atas pengguna.

     (2) Sesuatu meter hendaklah dikatakan didaftar dengan betul apabila ketidaktepatannya tidak melebihi tiga peratus.

     (3) Dalam hal meter didapati lebih daftar, deposit itu hendaklah dikembalikan kepada pengguna. Di mana meter didapati betul atau kurang daftar, deposit itu hendaklah dilucuthak dan hendaklah dikreditkan ke hasil Kerajaan.

[Atas]       

 

63. (1) Jika telah ditunjukkan dengan memuaskan hati Pengarah Negeri bahawa sesuatu meter telah, oleh apa-apa sebab, gagal untuk mendaftar dengan betul isipadu air yang dibekalkan kepada mana-mana premis, caj yang akan dibuat berhubung dengan mana-mana tempoh atau bahagian sesuatu tempoh dalam mana pada pendapat Pengarah Negeri, kegagalan itu telah berlaku atau berterusan, hendaklah____

(a) atas dasar hitung panjang penggunaan bagi premis itu atau premis serupa itu bagi tamat tiga tempoh terakhir membil dalam mana pada pendapat Pengarah Negeri tidak terdapat kegagalan itu; atau

(b) atas dasar sebagai tambahan kepada atau suatu tolakan daripada amaun yang boleh dicaj bagi sesuatu tempoh, membil bersamaan dengan peratus dalam mana meter tersebut telah ditentukan oleh Pengarah Negeri telah didaftar terlalu sedikit atau terlalu banyak mengikut mana yang berkenaan; atau

(c) atas dasar anggaran penggunaan yang dihitung daripada bacaan-bacaan pemeriksaan yang diambil daripada suatu meter baru yang dipasang di premis-premis itu; atau

(d) atas dasar lain-lain cara yang saksama bagi mengira penggunaan yang dianggarkan.

     (2) Pemilihan cara-cara pengiraan yang alternatif hendaklah menurut budibicara Pengarah Negeri dan pada memperakui amaun yang kena dibayar berhubung dengan satu atau lain-lain cara itu, amaun itu hendaklah dengan serta merta menjadi kena dibayar oleh pengguna apabila diminta dan boleh didapatkan semula daripadanya sebagai hutang sivil:

Dengan syarat bahawa tiada amaun tambahan boleh didapatkan semula daripada mana-mana pengguna di bawah kaedah ini berhubung dengan mana-mana tempoh lebih daripada enam puluh hari sebelum tarikh meter itu dilucut untuk diuji.

[Atas]       

 

64. Pengarah Negeri boleh menurut budibicaranya melucut meter itu daripada mana-mana bekalan dan, dalam tempoh di mana air tidak didaftarkan oleh sesuatu meter, isipadu air yang digunakan hendaklah disifatkan sebagai sama dengan hitung panjang isipadu yang dibekalkan bagi tamat tiga tempoh membil yang terakhir selepas sahaja melucut meter itu, atau sebagaimana yang ditentukan dengan lain-lain cara yang saksama menurut budibicara Pengarah Negeri:

Dengan syarat bahawa tiada bayaran sewa meter boleh dikenakan semasa tempoh itu.:

Dan dengan syarat lagi bahawa pengguna boleh menghendaki suatu meter dipasang jika tempoh bekalan itu tidak bermeter melebihi enam bulan.

[Atas]       

 

65. Dalam hal sesuatu meter dibuka atau diganggu semasa dalam milik pengguna atau digunakan sedemikian supaya air boleh dibazir, salah guna atau penggunaan yang tak berpatutan, atau dalam hal meteri atau kunci meter dipecah atau apa-apa tindakan yang dibuat yang mungkin melemahkan atau memalsukan sukatan air oleh mana-mana meter, atau dalam hal meter dirosakkan atau mungkin dirosakkan oleh apa-apa tindakan selain daripada penggunaan dan pemakaian yang betul, atau meter itu dilucut, maka Pengarah Negeri hendaklah dengan serta merta memotong bekalan air dan membaiki semua kerosakan yang dilakukan ke atas meter itu. Pengguna hendaklah membayar kepada Kerajaan kos penuh pembaikian dan semua kerugian dan perbelanjaan yang dilakukan, sebagai tambahan kepada lain-lain penalti yang ia mungkin dipertanggungkan, sebelum bekalan dibuka semula kepada pengguna. Sebagai tambahan, pengguna hendaklah membayar caj-caj menyambungkan semula bekalan dan bagi memasang semula meter sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

[Atas]       

 

66. Apabila sesuatu meter telah dirosakkan atau dibinasakan oleh Pengarah Negeri berpendapat bahawa kerosakan dan pembinasaan itu bukan disebabkan oleh penggunaan dan pemakaian yang betul, amaun yang diperakui oleh Pengarah Negeri sebagai kos pembaikian atau memulihkan semula hendaklah dibayar oleh pengguna apabila diminta dan hendaklah didapatkan semula daripadanya sebagai hutang sivil.

[Atas]       

 

67. (i)  Meter kecil tidak boleh dipasang kecuali dengan kebenaran khas daripada Pengarah Negeri yang memberikan kelulusan itu tertakluk kepada syarat-syarat yang ia fikirkan patut;

     (ii)  Jabatan Kerja Raya tidak akan membekal atau memasang apa-apa meter kecil-meter kecil dan tidak akan bertanggungjawab untuk pembacaan meter-meter yang dipasang;

     (iii) Jika bekalan kepada bangunan adalah bermeter kecil, penyenggaraan paip perhubungan oleh Pengarah Negeri yang dirujukkan dalam Kaedah 74 hendaklah sehingga ke meter besar sahaja.

     (iv)  Kaedah-kaedah 57 hingga 66 tidak boleh dipakai bagi meter kecil-meter kecil.

[Atas]       

 

BEKALAN-BEKALAN PERSENDIRIAN

68. (1) Tiap-tiap pengguna yang menghendaki suatu bekalan baru atau menghendaki dijalankan perubahan-perubahan kecuali bagi pembaharuan atau pembaikian kepada suatu bekalan air yang sedia ada hendaklah, sebelum mana-mana paip atau pepasangan air yang dipasang atau berhubung dengan bekalan, memohon kelulusan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang diluluskan oleh Pengarah Negeri. Semua pelan plumbing hendaklah dikemukakan oleh orang-orang yang diluluskan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat. Ia hendaklah juga di atas borang yang sama menyatakan nama dan alamat tukang paip berlesen yang ia bertujuan untuk menggaji dalam pemasangan paip air atau pepasangan air.

[Atas]       

 

69. Mana-mana pengguna yang mahukan perkhidmatan airnya dipotong atau disambung semula hendaklah membuat permohonan bertulis dalam borang yang diluluskan oleh Pengarah Negeri dan hendaklah memberi sekurang-kurangnya tiga hari notis (tidak termasuk cuti mingguan dan cuti am) dari tarikh atas nama ia berkehendakkan pemotongan atau penyambungan semula itu dimulakan.

[Atas]       

 

70. Kecuali dengan kebenaran Pengarah Negeri, tiada bekalan boleh diberi kepada mana-mana pengguna selain dari melalui meter dan tertakluk kepada bayaran sewa meter tahunan yang ditetapkan dari semasa ke semasa dalam Jadual Kedua.

[Atas]       

 

71. Pengguna tidak boleh mempunyai lebih daripada satu paip perhubungan kepada premis-premis yang sama, kecuali dengan kelulusan Pengarah Negeri.

[Atas]       

 

72. (1) Paip perhubungan tidak boleh ditep untuk memberi bekalan air kepada pengguna-pengguna lain kecuali dengan kebenaran bertulis dari__

(a) pengguna yang dibekalkan oleh paip perhubungan;

(b) pemunya paip; dan

(c) Pengarah Negeri, yang boleh enggan memberi kebenarannya, jika ia berpendapat paip perhubungan tidak mencukupi untuk membekalkan keperluan kedua-dua pengguna.

Kebenaran yang diberi oleh pengguna yang menduduki premis yang asalnya dibekalkan oleh paip perhubungan boleh ditarik balik pada bila-bila masa dengan memberi satu bulan notis secara bertulis kepada Pengarah Negeri dan kepada pengguna yang satu lagi itu mengenai tujuannya berbuat demikian dan dengan syarat selanjutnya bahawa ia akan membayar caj-caj bagi pemotongan paip pengguna yang satu lagi.

      (2) Kaedah ini tidak dipakai dalam kes suatu blok rumah pangsa atau sekumpulan rumah di atas bangunan yang sama dan di bawah hak milik yang sama. Pemunya harta itu boleh mengtep suatu paip perhubungan yang membekalkan salah satu rumah pangsa atau rumah untuk membekalkan lain-lain rumah pangsa atau rumah di dalam pegangan itu apabila terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis dari Pengarah Negeri yang berpuas hati bahawa paip perhubungan adalah mencukupi untuk menampung keperluan semua pengguna.

[Atas]       

 

73. Pemasangan paip perhubungan dan pemasangan meter bagi bekalan persendirian hendaklah dijalankan oleh Pengarah Negeri yang boleh, menurut budibicaranya membekalkan sebahagian atau kesemua bahan-bahan yang perlu dan semua tenaga buruh yang dikehendaki. Sebelum apa-apa kerja dimulakan, pengguna hendaklah membekalkan semua bahan-bahan sebagaimana yang dikehendaki dan membayar suatu caj menyambung sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua bersama dengan kos sebenar apa-apa pampasan yang kena dibayar di bawah seksyen 19 Enakmen tersebut:

Dengan syarat bahawa, jika Pengarah Negeri berhasrat untuk memasang suatu sesalur awam sebagai ganti bahagian paip perhubungan, kos tambahan memasang sesalur menggantikan paip perhubungan hendaklah ditanggung oleh Kerajaan dan harta di sesalur itu hendaklah juga menjadi hak Kerajaan.

[Atas]       

 

74. (1) Semua paip perhubungan hendaklah dibaiki dan disenggarakan oleh Pengarah Negeri atas perbelanjaan pengguna:

Dengan syarat bahawa pengguna tidak akan dicaj berhubung dengan pembaikian kepada paip perhubungan yang binasa di atas atau di bawah mana-mana jalan awam. Mana-mana bahagian paip sesalur selanjutnya dan semua paip agihan dan pepasangan kepadanya hendaklah dibaiki dan disenggarakan oleh tukang paip berlesen atau dalam hal keadaan istimewa, oleh Pengarah Negeri atas perbelanjaan pengguna.

     (2) Jika paip perhubungan dikongsi oleh dua atau lebih pengguna, kos membaiki membaharui boleh dikenakan caj kepada pengguna dan hendaklah dikenakan caj secara pro-rata.

[Atas]       

 

75. (1) Pengarah Negeri boleh, menurut budibicaranya, mengubah sambungan paip perhubungan daripada suatu sesalur awam dengan memotongnya daripada sesalur itu dan menyambungkannya ke sesalur awam yang lagi satu atau ke sesalur yang sama tetapi di tempat yang lain.

      (2) Dalam kes sedemikian caj tidak boleh dikena kepada pengguna, tetapi apa-apa pemasangan paip atau lain-lain pepasangan air yang dahulunya digunakan untuk membekalkan air kepada premis-premis pengguna yang pada pendapat Pengarah Negeri, adalah tidak dikehendaki lagi bagi maksud-maksud bekalan itu, boleh dipindahkan oleh Pengarah Negeri dan harta itu hendaklah diletakhak kepada Kerajaan.

[Atas]       

 

76. (1) Jika paip perhubungan adalah suatu kumpulan paip perhubungan yang dipasang dalam lingkungan simpanan jalan awam atau dalam lingkungan tanah dalam mana, di bawah kelulusan Perancangan Bandar dan menjadi suatu simpanan jalan awam, Pengarah Negeri boleh jika ia fikirkan perlu dan selepas genap notis secara bertulis kepada pemunya paip, mengambilalih paip perhubungan atau paip-paip itu tanpa pampasan untuk diguna sebagai suatu sesalur awam dan dengan yang demikian harta dipaip atau paip-paip itu hendaklah menjadi hak Kerajaan.

     (2) Jika suatu paip perhubungan atau kumpulan paip-paip dipasang dalam lingkungan tanah persendirian, Pengarah Negeri boleh dengan cara yang sama mengambilalih paip atau paip-paip itu tetapi hanya dengan persetujuan secara bertulis, dari pemunya paip atau paip-paip dan dengan yang demikian harta dipaip atau paip-paip hendaklah menjadi hak Kerajaan.

[Atas]       

 

77. (1) Tiap-tiap pengguna yang menghendaki suatu bekalan baru atau yang menghendaki diubah atau diperluaskan suatu bekalan yang sedia ada hendaklah memasang suatu sisten simpanan di antara meter dan semua tep kecuali tep air keluar untuk mengeluarkan air bagi maksud-maksud diminum atau dimasak.

     (2) Pengarah Negeri boleh, menurut budibicaranya dan apabila keadaan bekalan memerlukannya, menghendaki pemasangan yang sedia ada itu dilengkapkan dengan sisten simpanan sebagaimana yang dinyatakan dalam sub-kaedah (1) di atas. Dalam hal ini, Pengarah Negeri hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepada pengguna, menghendakinya menjalankan perubahan-perubahan yang perlu dalam tempoh yang tertentu, yang mana adalah tidak kurang daripada enam bulan.

[Atas]       

 

78. (1) Tiada paip agihan boleh disambungkan supaya air boleh diambil darinya bagi lain-lain premis.

      (2) Tiada penyambungan bekalan daripada sesuatu paip servis boleh diberi kepada lain-lain premis tanpa kelulusan Pengarah Negeri.

[Atas]       

 

79. Jika, pada pendapat Pengarah Negeri, mana-mana pepasangan air yang dipasang berhubung dengan sesuatu bekalan persendirian dan boleh disenggara atas perbelanjaan pengguna, adalah terlalu cacat atau dihalang yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan, pembaziran, penggunaan yang tak berpatutan, penyekatan atau pencemaran air yang dibekalkan dari sesalur awam:

(a)  jika sesuatu pepasangan itu adalah sesuatu paip perhubungan atau sebahagian daripadanya, Pengarah Negeri boleh memotong bekalan tanpa notis bagi maksud menjalankan pembaikian. Kos pembaikian itu hendaklah dibayar oleh pengguna:

(b)  jika pepasangan air tidak menjadi sebahagian daripada paip perhubungan Pengarah Negeri hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepada pengguna yang berkenaan, memberikan butir-butir pembaikian yang dikehendaki, menyatakan tempoh dalam mana pembaikian hendaklah dijalankan.

[Atas]       

 

80. Jika pengguna gagal mematuhi notis yang disampaikan menurut kaedah 77 (2) atau kaedah 79 di atas, Pengarah Negeri boleh memotong bekalan dan mendapatkan semua kos pemotongan daripada pengguna.

[Atas]       

 

81. (1) Jika sesuatu bekalan telah dipotong kerana tidak membayar wang yang kena dibayar atau menurut kaedah 80 kerana tidak mematuhi notis yang disampaikan, bekalan tidak akan disambung semula sehingga sekurang-kurangnya dua hari (tidak termasuk hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am) telah lepas dari tempoh pembayaran wang yang kena dibayar atau mematuhi notis yang disampaikan mengikut mana yang berkenaan. Hari penyambungan semula hendaklah ditetapkan oleh Pengarah Negeri yang boleh, bagaimanapun, membenarkan pemulihan bekalan serta-merta jika ia difikirkan bahawa tiada pembayaran atau tidak mematuhi itu adalah atas sebab-sebab di luar kawalan pengguna.

     (2) Tiada bekalan boleh disambung semula menurut peruntukan-peruntukan kaedah 81.(1) sehingga caj yang dinyatakan dalam Jadual Kedua telah dibayar oleh pengguna kepada Pengarah Negeri.

[Atas]       

 

82. (1) Jika seseorang pengguna akhirnya menamatkan perjanjiannya bagi bekalan air dan seorang pengguna lain membuat suatu perjanjian bagi bekalan air di premis yang sama, pengguna yang baru itu hendaklah membayar fee bagi menyambungkan semula perkhidmatan, meskipun servis itu belum dipotong atau disambung semula. Di atas penamatan perjanjian itu, jumlah bil air yang terakhir termasuk segala tunggakan hingga ke tarikh potongan bekalan boleh ditolak dari deposit pengguna dan baki yang kena dibayar kepada kreditnya hendaklah dipulangkan kepadanya.

     (2) Dalam hal pengguna meninggal dunia, adalah menjadi tanggungjawab penghuni premis tersebut untuk berurusan dengan Pengarah Negeri bagi pelaksanaan suatu perjanjian bekalan air baru dalam tempoh dua bulan kematian pengguna.

[Atas]       

 

83. Dalam hal pengguna memerlukan bekalan bagi maksud-maksud sementara bagi tempoh tidak lebih daripada tiga bulan, bekalan boleh diberikan oleh Pengarah Negeri bermeter dan dicaj mengikut kadar sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 14 Enakmen Bekalan Air 1952.

[Atas]       

 

84. Dalam hal pengguna memerlukan bekalan air bagi mengendalikan bangunan, bekalan boleh menurut budibicara Pengarah Negeri, diberikan dan dicaj mengikut kadar yang dinyatakan dalam seksyen 14 Enakmen Bekalan Air 1952.

Dengan syarat bahawa bekalan ini hendaklah dipotong apabila tamat mengendalikan bangunan. Dalam semua kes, sisten simpanan hendaklah dipasang bagi bekalan tersebut dan suatu injap cegah-balik atau lain-lain alat yang sama hendaklah dipasang atas paip servis selepas sahaja meter.

[Atas]       

 

85. Tiada pengguna yang boleh mengambil air yang dibekalkan daripada sesalur awam melalui hos melainkan air tersebut telah terlebih dahulu melalui suatu sisten simpanan atau sisten bekalan. Kaedah-kaedah ini tidak dipakai jika air diambil daripada pili bomba yang digunakan bagi maksud-maksud mencegah kebakaran.

[Atas]       

 

BEKALAN BAGI BANGUNAN BERBILANG TINGKAT

86. Jika, pendapat Pengarah Negeri, adalah tidak mungkin untuk membekalkan mana-mana bahagian atau keseluruhan sesuatu bangunan berbilang tingkat dengan air daripada sesalur awam di bawah tekanan yang terdapat, suatu sistem mengepam hendaklah dipasang.

[Atas]       

 

87. Sistem mengepam itu hendaklah dipasang dan disenggara oleh pengguna yang menandatangani kontrak bagi bekalan pukal air kepada bangunan itu. Pengguna hendaklah menggaji seorang kontraktor atau firma yang diluluskan oleh Pengarah Negeri untuk mengurus sistem bekalan air dengan sempurna.

[Atas]       

 

88. Tiap-tiap sistem mengepam sesuatu bangunan berbilang tingkat yan dibekalkan dengan air dari sesalur awam hendaklah mematuhi kehendak-kehendak yang berikut:

  1. ia hendaklah dibina menurut penentuan dan rekabentuk yang diluluskan oleh Pengarah Negeri sebelum kerja ke atasnya dimulakan. Semua pelan-pelan sistem mengepam dan penentuan hendaklah disediakan dan dikemukakan oleh orang-orang yang diluluskan oleh Pengarah Negeri.
  2. ia hendaklah mempunyai sisten atau sisten-sisten sedutan dalam mana air boleh dibawa oleh pumpset atau pumpset-pumpset letrik ke sisten atau sisten-sisten simpanan di paras bumbung bangunan. Suatu bilangan yang sama pumpset atau pumpset-pumpset yang serupa hendaklah diperuntukkan sebagai bantuan kepada pumpset atau pumpset-pumpset yang bekerja. Pumpset atau pumpset-pumpset hendaklah dikawal secara automatik;
  3. sisten atau sisten-sisten sedutan hendaklah dari muatan yang sesuai dan dipasang di paras yang sesuai untuk menerima air daripada sesalur awam. Pengarah Negeri, boleh menurut budibicaranya menghendaki alir masuk ke dalam sisten atau sisten-sisten sedutan dikawal;
  4. jumlah muatan dan simpanan bumbung dan sisten-sisten sedutan tidak boleh kurang daripada kuantiti air yang dikehendaki bagi penggunaan satu hari. Apa-apa simpanan yang dikehendaki bagi memadam api hendaklah dibuat berasingan.

[Atas] 

 

89. Bekalan ke semua bangunan berbilang tingkat hendaklah bermeter pukal. Bekalan-bekalan ke rumah pangsa dalam bangunan berbilang tingkat boleh bermeter kecil menurut budibicara Pengarah Negeri.

[Atas]     

 

90. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini kaedah-kaedah 68 hingga 84 ini hendaklah dipakai bagi bekalan-bekalan ke rumah pangsa berbilang tingkat. Air bagi maksud-maksud diminum, menyejukkan dan sistem air panas hendaklah dibawa ke sisten simpanan bumbung oleh paip agihan berasingan. Pengarah Negeri boleh menurut budibicaranya membenarkan lain-lain sisten digunakan.

[Atas]      

 

BEKALAN KE KILANG-KILANG

91. (1) Tiap-tiap pengguna yang menghendaki suatu bekalan baru atau yang hendak mengubah atau menyambung suatu bekalan yang sedia ada ke suatu kilang hendaklah memasang suatu sisten atau sisten-sisten simpanan sebagaimana yang boleh diarahkan oleh Pengarah Negeri. Sisten atau sisten-sisten itu hendaklah mempunyai jumlah muatan yang tidak kurang daripada kuantiti air yang dikehendaki oleh kilang bagi penggunaan satu hari.

     (2) Pengarah Negeri, boleh menurut budibicaranya dan apabila keadaan bekalan memerlukannya, menghendaki pemasangan yang sedia ada di kilang dilengkapkan dengan sisten atau sisten-sisten simpanan yang jumlah muatan tidak kurang daripada hitung panjang air yang digunakan dalam satu hari. Dalam hal demikian Pengarah Negeri hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis ke atas pengguna menghendakinya menjalankan perubahan-perubahan yang perlu atau peruntukan-peruntukan dalam tempoh yang dinyatakan yang adalah tidak kurang daripada enam bulan.

[Atas]   

 

92. Pengarah Negeri boleh menurut budibicaranya menghendaki aliran ke dalam sisten atau sisten-sisten simpanan kilang dikawal. Semua pepasangan yang diperlukan bagi mengawal bekalan itu hendaklah dipasang atas perbelanjaan pengguna sebagaimana diarah Pengarah Negeri.

[Atas]  

 

93. Semua bekalan ke pili bomba dan lain-lain alat pemadam api yang dipasang dalam kilang atau dalam lingkungan kawasan kilang hendaklah dimeter dan dibayar oleh pengguna.

[Atas]      

 

94. Jika air daripada sesalur awam dibekalkan ke kilang, Pengarah Negeri boleh, menurut budibicaranya, menghendaki air yang digunakan bagi maksud-maksud menyejukkan diedarkan semula untuk mencegah pembaziran.

[Atas]       

 

BEKALAN KE KAWASAN PERUMAHAN

95. Pemaju hendaklah menanggung kos pemasangan sesalur bekalan ke kawasan perumahan dari sesalur awam yang sedia ada sebagaimana ditentukan oleh Pengarah Negeri, sesalur rangkai dalam, sistem mengepam galak, dan kolam air jika dikehendaki dalam lingkungan kawasan perumahan yang diluluskan.

[Atas]     

 

96. Jika sistem bekalan air kawasan perumahan tidak dipasang oleh Pengarah Negeri, sistem itu hendaklah dibina mengikut penentuan dan rekabentuk yang akan diluluskan oleh Pengarah Negeri sebelum kerja dimulakan. Rekabentuk dan penyeliaan binaan sistem itu hendaklah dijalankan oleh Jurutera Perunding yang diluluskan.

[Atas]      

 

97. Apabila siap dan dikomisyenkan sistem bekalan air dalam kawasan perumahan, pemaju hendaklah memohon kepada Pengarah Negeri supaya mengambil alih sistem bekalan air yang telah siap itu:

Dengan syarat bahawa Pengarah Negeri berpuas hati bahawa sistem telah disiapkan dengan memuaskan dan tiap-tiap bahagian itu adalah dalam keadaan bekerja yang baik dan alat-alat ganti yang perlu bagi kelengkapan mengepam dibekalkan, ia akan mengambil alih semua pemasangan sistem tanpa pampasan untuk digunakan sebagai sistem bekalan air awam dalam mana harta dalam pemasangan tersebut termasuklah tanah atas mana pemasangan dibina adalah menjadi hak Kerajaan.

[Atas]      

 

98. Sehingga tarikh pengambilalihan oleh Kerajaan, pemaju hendaklah bertanggungjawab bagi pengendalian dan penyenggaraan sistem bekalan air. Pemaju hendaklah mengambil khidmat seorang kontraktor atau firma yang diluluskan oleh Pengarah Negeri untuk mengurus dan menyenggara sistem itu dengan teratur dengan memuaskan hati Pengarah Negeri.

[Atas]      

 

99. Jika suatu sistem mengepam dikehendaki untuk membekalkan kawasan perumahan, kaedah 88 hendaklah dipakai:

Dengan syarat bahawa Pengarah Negeri boleh menurut budibicaranya membenarkan lain-lain sistem mengepam digunakan.

[Atas]       

 

PAIP UMUM

100. Tiap-tiap paip umum yang boleh digunakan oleh awam hendaklah, melainkan dikecualikan oleh Pengarah Negeri secara bertulis diperuntukkan dengan suatu tep yang non-conclusive dan tutup sendiri atau lain-lain tep yang sesuai.

[Atas]      

 

101. (1) Tiada seseorang boleh menggunakan paip umum bagi mencuci binatang dan kenderaan atau bagi apa-apa maksud perdagangan.

       (2) Tiap-tiap orang yang menggunakan paip umum awam hendaklah selepas itu menutup sepenuhnya tep di atas paip itu.

[Atas]      

 

102. Tiada hos boleh dilekatkan kepada tep mana-mana paip umum.

[Atas]      

 

103. Tiada seseorang boleh mengganggu, mengubah, merosakkan, mengalih mana-mana tep paip umum.

[Atas]      

 

KOLAM MANDI, AIR PANCUT DAN KOLAM PERHIASAN

104. Tiap-tiap kolam mandi yang dibekalkan dengan air daripada sesalur awam hendaklah mematuhi kehendak-kehendak yang berikut:

  1. ia hendaklah dibina, menurut penentuan dan rekabentuk yang diluluskan oleh Pengarah Negeri sebelum kerja dimulakan. Apa-apa kebocoran daripada kolam, yang disukat daripada garisan air di mana kolam itu direkabentuk untuk digunakan, tidak boleh lebih daripada 3.2 mm. (satu per lapan dari satu inci) dalam dua puluh empat jam, ruangan dibuat bagi pengewapan daripada permukaan air;
  2. paip alir masuk tiap-tiap kolam mandi hendaklah melepaskan air ke dalam ruangan berasingan dan berlainan daripada tempat mandi supaya alir masuk hendaklah melepaskan air sekurang-kurangnya sembilan inci di atas garisan air ruang itu. Ruang itu hendaklah bertutup dan berkunci dengan kunci yang boleh dilucutkan dan hendaklah hanya dibuka oleh pengguna bagi maksud menukarkan air;
  3. injap pengawal di atas paip servis atau paip agihan yang menyambungkan kolam mandi hendaklah juga ada di ruang alir masuk dan hanya boleh dimasuki bagi pengendalian bila ruangan dibuka;
  4. tiap-tiap kolam mandi yang muatannya melebihi 25,000 liter (Lima ribu lima ratus gelen) hendaklah diperuntukkan dengan suatu loji rawatan yang sempurna bagi pembersihan yang berterusan, penghapusan kuman dan pembetulan pH air yang sekian muatannya supaya air boleh dihantar keliling melalui loji rawatan sekurang-kurangnya dua kali dalam masa dua puluh empat jam.

[Atas]      

 

105. Suatu perakuan ujian bocor yang memuaskan mengenai kolam mandi dan pengendalian loji rawatan yang memuaskan hendaklah didapati dari Pengarah Negeri dan hendaklah dibaharui tiap-tiap tahun. Pengguna tidak boleh membenarkan mana-mana orang menggunakan, kolam mandi sehingga perakuan telah diberi atau dibarui mengikut mana yang berkenaan. Caj-caj bagi memberi atau membarui suatu perakuan demikian hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

[Atas]    

 

106. Pengendali tiap-tiap kolam mandi terbuka kepada orang ramai hendaklah mempastikan bahawa kualiti air kolam mandi itu hendaklah sentiasa menurut kehendak-kehendak pihak berkuasa kesihatan yang berkenaan.

[Atas]       

 

107. Jika kolam mandi susut hingga amaun 25,000 liter (lima ribu lima ratus gelen) atau lebih disebabkan kolam mandi itu dibersihkan atau selainnya, notis secara bertulis hendaklah diberi kepada Pengarah Negeri sekurang-kurangnya tiga hari sebelum pengguna bercadang untuk mengisi semula kolam itu. Adalah menurut budibicara Pengarah Negeri untuk enggan membenarkan mengisi semula mana-mana kolam mandi oleh sebab-sebab kekurangan bekalan, atau jika air daripada sesalur awam dikehendaki bagi kegunaan yang lebih mustahak.

[Atas]      

 

108. Tiada kolam mandi dan kelengkapan dan pepasangan yang berkaitan dengannya boleh dibina dan dipasang atau berada dalam keadaan yang menyebabkan pembaziran air atau penggunaan air yang tak berpatutan yang dibekalkan daripada sesalur awam.

[Atas]      

 

109. Bekalan kepada tiap-tiap kolam mandi hendaklah dimeterkan berasingan dan dicaj menurut Seksyen 14 Enakmen Bekalan Air 1952.

[Atas]       

 

AIR PANCUT DAN KOLAM PERHIASAN

110. Tiap-tiap air pancut atau kolam perhiasan yang dibekalkan dengan air daripada sesalur awam hendaklah dibina menurut penentuan dan rekabentuk yang diluluskan oleh Pengarah Negeri sebelum kerja dimulakan.

[Atas]     

 

111. Pengarah Negeri boleh menurut budibicaranya menghendaki meter berasingan dipasang untuk membekalkan air kepada mana-mana air pancut atau kolam perhiasan.

[Atas]       

TUKANG PAIP BERLESEN

112. (1) Tiada seseorang kecuali pegawai-pegawai yang diberikuasa oleh Kerajaan boleh menjalankan kerja-kerja berhubung dengan pembinaan, pemasangan perubahan atau pembaikian paip-paip air dan pepasangan yang membawa atau akan membawa air yang dibekalkan daripada sesalur awam, tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Pengarah Negeri.

       (2) Lesen tersebut akan diberikan kepada orang-orang (atau kepada pekerja-pekerja firma) yang hendaklah, selepas pemeriksaan yang dkenakan, memuaskan hati Pengarah Negeri bahawa mereka mempunyai kelayakan-kelayakan yang dikehendaki.

       (3) Lesen tersebut hendaklah dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan hendaklah menyatakan tempoh dalam mana ianya hendaklah terus berkuatkuasa dan kelas pekerjaan pemegang lesen itu diberikuasa menjalankannya, dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa menurut budibicara mutlak Pengarah Negeri tanpa pampasan.

[Atas]  

 

113. Suatu fee hendaklah dibayar sebelum mana-mana lesen boleh diberikan dan lesen tersebut hendaklah dikeluarkan bagi suatu tempoh yang tamat tidak lewat daripada 31 haribulan Disember tahun kalendar dalam mana lesen itu dikeluarkan. Suatu fee tahunan hendaklah dibayar untuk membarui mana-mana lesen tersebut dan wang tidak boleh dikembalikan atas pembatalan lesen tersebut. Fee adalah menurut kadar-kadar yang dinyatakan dalam Jadual Kedua. Lesen-lesen hendaklah dibarui dalam tempoh tiga bulan tahun kalendar yang mana selepas itu penalti boleh dikenakan. Mana-mana lesen yang tidak dibarui tiga tahun selepas tarikh tamat tempoh terakhir hendaklah disifatkan sebagai dibatalkan.

[Atas]      

 

114. Tiap-tiap pengguna atau tukang paip berlesen bagi pihaknya yang menghendaki dipasang suatu bekalan baru atau bekalan air sambungan daripada sesalur awam, atau untuk mengubah suatu bekalan air yang sedia ada daripada sesalur awam (selain daripada membaiki atau membarui) kepada mana-mana premis, hendaklah, sebelum mana-mana paip air atau pepasangan air dipasang atau berhubung dengan bekalan tersebut, memberi Pengarah Negeri sekurang-kurangnya notis tiga hari (tidak termasuk hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am) mengenai tujuannya untuk memasang paip atau pepasangan itu.

[Atas]       

 

115. (1) Apabila siap semua pemasangan paip atau pepasangan yang dipasang berhubung dengan bekalan persendirian baru, sambungan atau ubahan, pengguna atau tukang paip berlesen hendaklah memberitahu Pengarah Negeri bahawa ianya bersedia untuk diperiksa dan diuji, dan hendaklah memberi apa-apa bantuan di premis yang berkenaan supaya membolehkan pemeriksaan dan ujian itu dijalankan.

       (2) Paip servis daripada meter (atau, jika tidak ada meter, daripada mana-mana tempat yang sesuai sebagaimana yang diarahkan oleh Pengarah Negeri) dan semua paip dan pepasangan yang telah dipasang berhubung dengan pemasangan boleh tertakluk kepada ujian tekanan 12.0 bar (seratus tujuh puluh empat Ibs. tiap-tiap satu inci persegi). Ujian ini tidak dipakai bagi sisten-sisten, sisten simbah atau sisten bekal, tangki, atau injap bebola.

       (3) Jika pemasangan dibuktikan sebagai memuaskan atas pemeriksaan dan ujian, suatu perakuan penamatan, dalam bentuk yang diluluskan oleh Pengarah Negeri, hendaklah diberi kepada pemohon.

[Atas]       

 

116. Pembaikian atau penggantian oleh seseorang tukang-tukang paip berlesen mengenai paip rosak atau pepasangan atau penggantian kepadanya hendaklah dilaporkan kepada Pengarah Negeri oleh tukang paip berlesen tersebut dalam tempoh satu minggu.

[Atas]      

 

117. Dalam kes di mana pemasangan tidak memuaskan hati Pengarah Negeri, ia hendaklah menghantar kepada pengguna suatu notis yang menunjukkan keadaan pemasangan yang tidak memuaskan itu.

[Atas]       

 

118. Kaedah-kaedah Bekalan Air (Kelantan) 1954 adalah dengan ini dibatalkan.

[Atas]       

Copyright 2001 by JANK. Jabatan Air Negeri Kelantan, Ground Floor, Block 6, Kota Darulnaim Complex, 15503 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.  All rights reserved. Best viewed with Netscape Communicator 4.0 & above. Any suggestions and enquiries can be directed to the webmaster at  jank@kelantan.gov.my  Phone:609-7475240, Fax:609-7475220 
Don't forget to sign our guest book! Thank you for visiting our homepage.