Jumaat, 12 Mac 2010

Carian Web

"Dan Dari Air Kami Jadikan Segala Sesuatu Yang Hidup"

Surah Al Anbiya : Ayat 30

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday44
mod_vvisit_counterYesterday35
mod_vvisit_counterThis week267
mod_vvisit_counterLast week389
mod_vvisit_counterThis month593
mod_vvisit_counterLast month1110
mod_vvisit_counterAll5781

Online (20 minutes ago): 1
Your IP: 38.107.191.115
,
Now is: 2010-03-12 14:55

 

 

 

 

            SEKAPUR  SIREH  SEKACIP  PINANG

 

                                                

 

 

Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Air Negeri Kelantan. Dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan kami kepada masyarakat seiring dengan era globalisasi masa kini dan juga selaras dengan perubahan fungsi jabatan, kami telah menyediakan sebuah laman web yang baru untuk dilayari oleh semua pengunjung.

 

Pada awal penubuhannya, Jabatan Air Negeri Kelantan berfungsi sebagai badan kawalselia bekalan air serta segala urusan berkaitan dengannya. Ini termasuklah fungsi mengeluarkan Lesen Tukang Paip  dan juga Sijil Kualiti Barangan Bekalan Air yang diedarkan di negeri Kelantan. Namun demikian berkuatkuasa 1 Januari 2008 semua fungsi kawalselia bekalan air telah dipindahkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan mulai tarikh tersebut, fungsi Jabatan Air Negeri Kelantan telah berubah kepada badan kawalselia sumber air serta kawasan tadahan.

 

Kami melaksanakan fungsi ini dengan mengadakan Permit Menggali Telaga dan Lesen Abstraksi Air Telaga yang mula dikuatkuasakan mulai tahun 2009. Kami juga telah menjalankan pemantauan berkala terhadap kawasan-kawasan tadahan dan sumber air di seluruh Negeri Kelantan. Kami di Jabatan Air Negeri Kelantan akan terus berkhidmat sebagai satu pasukan demi merealisasikan visi jabatan iaitu “Menjadikan Sumber Air Negeri Kelantan Terus Mampan Dari Segi Kualiti Dan Kuantiti” melalui misi jabatan iaitu “Mengawal Sumber Air Negeri Kelantan Supaya Sentiasa Bersih dan Mencukupi Untuk Kesejahteraan Rakyat”.

 

Saya selaku Pengarah Jabatan Air Negeri Kelantan ingin mengucapkan ‘Selamat Melayari Laman Rasmi Jabatan Air Negeri Kelantan’ kepada semua pengunjung laman ini. Semoga anda semua memperlehi manfaat dalam bentuk maklumat berkaitan sumber air dan kawasan tadahan.

 

Sekian.

 

HAJI ABD. AZIZ BIN AB. RAHMAN

Pengarah,

Jabatan Air Negeri Kelantan.

 
Jabatan Air Negeri Kelantan, Ground Floor, Block 6, Kota Darulnaim Complex, 15503 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia., Powered by Joomla!; Joomla templates by SG web hosting